Khamis, 20 Disember 2012

PENGURANGAN BERAT BADAN SELEPAS BERSALIN

Bilakah saya boleh mula mengurangkan berat badan selepas bersalin?


Untuk memberikan sedikit masa bagi badan anda pulih daripada proses pelahiran dan kelahiran, tunggulah lebih kurang enam minggu sebelum anda berfikir mengenai menguruskan badan. Ingatlah bahawa bentuk badan anda mungkin sudah berubah selepas kehamilan, dan anda juga mungkin menghadapi kesukaran untuk kembali kepada berat badan sebelum hamil. Anda boleh mula membuat beberapa senaman ringan seperti berjalan, senaman lantai pelvis dan regangan, sebaik sahaja anda rasa cukup bertenaga. Tetapi anda harus menunggu kira-kira enam minggu sebelum mula melakukan senaman yang lebih kuat. 


Bagaimanakah saya boleh mengurangkan berat badan dengan selamat selepas bersalin?
Diet yang berkhasiat dan pelbagai akan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin, dan membantu anda menghadapi cabaran sebagai seorang ibu baru. Samada anda memberi bayi anda susu badan atau susu formula, anda harus mensasarkan untuk mengamalkan diet yang sihat. Panduan umum berikut dapat membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat:


·          jangan tinggal sarapan pagi;
·          makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari:
·          sertakan banyak makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian dalam diet anda;
·          pastikan hidangan makanan anda mengandungi makanan berkanji seperti roti, nasi dan pasta (lebih baik jika bijian penuh untuk menambah serat);
·          kurangkan makanan bergoreng, makanan segera, konfeksi, kek dan minuman bergas, yang mana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi;
·          kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan.

Walaupun sukar untuk mengurangkan berat badan selepas melahirkan anak, penting bagi anda melakukannya, dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Sedikit penambahan berat sebanyak 1-2 unit BMI di antara kehamilan pun boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis dalam kehamilan seterusnya. Anda juga lebih berkemungkinan untuk melahirkan bayi yang lebih besar. 



Bagaimana jika saya menyusu badan?
Jika anda menyusu badan, anda memerlukan lebih sedikit kalori daripada ibu yang memberi susu formula. Oleh kerana badan anda memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu untuk bayi, anda memerlukan kira-kira 300 hingga 500 lebih kalori setiap hari. Walau bagaimanapun, sebilangan tenaga tambahan yang diperlukan ini akan diperolehi daripada simpanan lemak sedia ada. Ini bermakna, menyusu badan boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Ini adalah cara yang selamat untuk mengurangkan berat badan dan ia tidak mengganggu kualiti atau bekalan susu anda. Baca artikel diet sihat untuk ibu-ibu yang menyusukan untuk mendapatkan tip-tip bijak. 


Bilakah badan saya akan kembali kepada keadaan normal selepas melahirkan?
Jika anda mengamalkan diet yang baik dan berkhasiat sebelum dan semasa kehamilan, anda mungkin perlu beberapa bulan sahaja untuk mengembalikan kesemua nutrien yang telah digunakan oleh bayi anda untuk membesar dan berkembang. 


Tetapi jika anda tidak makan dengan baik sebelum dan semasa hamil atas apa-apa sebab termasuk mabuk kehamilan, alah terhadap sesuatu makanan atau apa-apa kesukaran lain berkaitan kehamilan, ia akan mengambil masa yang lebih lama, sekitar setahun atau lebih. Ia juga mungkin akan mengambil masa yang sama walaupun anda makan dengan baik. Ingatlah, anda baru sahaja berjaya menyelesaikan satu tugas berat yang memerlukan anda memerah segala tenaga dan nutrisi daripada badan anda. Berikan badan anda masa yang diperlukannya untuk kembali kepada bentuk asal.

Credit : www.babycenter.com.my

10 TIPS MENGAJAR SI KECIL MENJADI BIJAk


Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan! 
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

Rabu, 5 Disember 2012

JANGKITAN KULAT (SERIAWAN) PADA IBU DAN BAYI


Apakah SERIAWAN (Trush) ?
Seriawan merupakan jangkitan kulat pada mulut bayi yang boleh merebak pada buah dada anda dan menyebabkan puting anda terasa sakit dan gatal. Ia juga dikenali sebagai jangkitan yis. Tanda-tanda seriawan termasuk: 


Pada ibu-ibu: 

 puting yang merekah 
• sakit yang amat tajam dan mencucuk pada buah dada semasa atau selepas penyusuan
• puting yang gatal, merah atau pedih 
• seriawan vagina



Pada bayi: 

• tompok putih di dalam mulut yang sukar untuk dihilangkan
 ruam lampin.



Apakah puncanya?
Yang menyebabkan seriawan ialah kulat Candida albicans. Setiap orang mempunyai kulat ini dalam badan – ia adalah sebahagian normal sistem pencernaan dan selalunya terkawal oleh bakteria. Walau bagaimanapun, kadang-kala kulat ini berjaya membiak dan merebak, dan ini boleh menyebabkan jangkitan. Menyusu boleh menyediakan suatu persekitaran yang sempurna untuk seriawan – ia membiak dalam persekitaran yang panas, lembap dan bergula, iaitu keadaan yang terdapat di mulut bayi anda semasa menyusu. 

Memakan makanan bergula, mengambil antibiotik, tidak berehat secukupnya, tekanan, alergi dan kecederaan pada puting akibat posisi kurang betul adalah perkara-perkara yang boleh menyebabkan jangkitan.
 


Apa yang perlu saya lakukan?
Seriawan ialah satu keadaan yang tidak sesuai untuk dirawat dengan sendiri. Jika anda merasakan anda mempunyai seriawan, hubungilah doktor keluarga anda untuk diagnosis dan rawatan. Doktor mungkin akan mempreskripsikan ubat antikulat. Seriawan boleh dialami untuk beberapa minggu sebelum sembuh dan anda bersama bayi anda perlu dirawat serentak. 

Buat masa ini:
 

• Basuh semua alat-alat mainan, puting dan semua bahagian pam buah dada dalam air mendidih selepas setiap kali digunakan untuk mengelakkan jangkitan semula pada diri anda dan bayi anda. 

• Atas sebab yang sama, basuh tangan anda dengan kerap, terutamanya selepas penyusuan.

• Anda mungkin mahu menambahkan laktobasilus asidofilus (terdapat dalam bentuk pil atau yogurt asidofilus) dalam diet anda untuk mengisi semula sistem pencernaan anda dengan bakteria berguna yang mengawal seriawan. 

• Pastikan puting anda dalam keadaan yang kering sebab seriawan membiak dalam keadaan lembap.

• Gunakan hanya air kosong untuk membasuh puting anda. 

Untuk melegakan sakit pada buah dada, anda boleh mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol sehingga kesakitan itu hilang dan rawatan anda mula berfungsi. Sentiasa dapatkan nasihat doktor anda sebelum menggunakan ubat-ubatan.
 


Adakah ia akan menjejaskan bayi saya?
Jika anda mempunyai jangkitan kulat atau Candida pada puting anda, ada kemungkinan besar bayi anda juga akan dijangkiti walaupun anda tidak nampak sebarang tompok putih. Bayi anda juga memerlukan rawatan seperti anda – pada masa yang sama juga; jika tidak, jangkitan akan berpindah-pindah. 

Seorang bayi yang mempunyai seriawan akan meragam semasa penyusuan atau tidak mahu menyusu sebab kesakitan mulut. Namun, ada juga bayi yang tidak menghiraukannya.
 

Adakah saya masih boleh menyusukan?
Ya. Seriawan tidak harus menjejaskan keupayaan anda untuk menyusukan bayi anda dan anda boleh terus menyusukan sepanjang rawatan anda. 

Credit : www.babycenter.com.my

Selasa, 4 Disember 2012

BILA AIR KETUBAN PECAH TERLALU AWAL

Premature Rapture of Membranes (PROM) adalah istilah perubatannya. Apakah yang harus dilakukan jika anda mengalami PROM?

Sebelum kelahiran, bayi anda akan dikelilingi cecair pelindung amnion yang dipanggil air ketuban atau cecair amnion. Kedua-dua bayi dan cecair amnion dillindingi oleh kepompong yang mempunyai dua lapisan membran pelindung di dalam dinding yang berotot iaitu uterus. Jika membran tersebut pecah sendiri ia dipanggil Spontaneous Ruptures of Membranes (SRM) atau apa yang biasa kita kenali sebagai air ketuban pecah. Jika SRM berlaku sebelum minggu ke-37 kehamilan , inilah yang dipanggil PROM.

Mengapa PROM berlaku????

Soalan ini sukar dijawab. Kadangkala ia memang berlaku dan tiada siapa yang dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Walaubagaimanapun:
  • Jika anda bakal melahirkan anak kembar, membran mungkin pecah awal kerana beban berlebihan daripada bayi-bayi menyebabkan tekanan pada membran.
  • Amat jarang berlaku tetapi kadangkala terdapat juga keadaan di mana cecair amnion terlalu banyak. Keadaan ini dipanggil polihiroamnios. Ia mungkin disebabkan oleh kecatatan kepada janin ataupun hamil anak kembar. Tekanan daripada cecair amnion yang terlalu banyak kadangkala menyebabkan membran pecah terlalu awal.
  • Kedudukan fetus yang tidak betul. Biasanya fetus terletak dengan kepala di bawah dan belakangnya menghadap perut anda. Jadi kepala bayi akan terletak elok dalam kawasan serviks. Jika kedudukannya tidak seperti ini, contohnya, jika ia berkedudukan occiput posterior (belakang menghadap belakang anda), atau sonsang, ia tidak begitu muat dalam uterus. Dalam kes begini, kemungkinan besar membran akan pecah awal.
Apa yang perlu dilakukan jika terjadinya PROM???

Semasa proses bersalin juga akan berlaku SRM. Jika ia berlaku sebelum fasa kehamilan matang, atau sewaktu masih di awal proses bersalin  anda seharusnya menghubungi doktor anda secepat mungkin.

Doktor akan memeriksa pelbagai perkara iaitu:
  • Mengesahkan air yang keluar ialah air ketuban. Kadangkala yang keluar ialah air kencing yang di salah anggap sebagai air ketuban walaupun baunya berbeza. Untuk mengujinya, doktor atau jururawat akan mengambil contoh dengan kapas kesat. Jika kapas kesat bertukar warna biru gelap atau hitam jika disapukan pada cecair penguji, positif air ketuban.
  • Memastikan  warna air yang keluar. Air ketuban berwarna jernih. Walaupun amat jarang berlaku, tetapi kadangkala ia mungkin berwarna sedikit kehijauan - ini bermakna wujudnya meconium. Ini menunjukkan bayi telah membuang air besar sebelum kelahiran disebabkan masalah tertentu. Jika ini berlaku anda dan bayi akan diawasi dengan terperinci.
  • Memastikan kadar degupan jantung bayi. Ini adalah untuk memastikan yang bayi anda bersedia untuk dilahirkan.
  • Memastikan anda selamat
  • Memastikan bilakah membran anda pecah. Disebabkan itu penting menghubungi doktor sebaik sahaja berlaku SRM supaya tidak berlaku jangkitan kepada bayi dan organ pembiakan anda.

Terima kasih kerana membaca. Mudah-mudahan ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan dari artikel di atas.

Please LIKE QieQie Shop fanpage... TQ